Penting Tidak Pendidikan Agama Untuk Anak-Anak

Penting Tidak Pendidikan Agama Untuk Anak-Anak

Seorang tokoh genius dunia dari Jerman pernah berkata: “Agama tanpa sains itu tempang, sains tanpa agama pula buta”. Kata-kata Albert Einstein ini menggambarkan betapa pentingnya keseimbangan antara ilmu dunia dan agama dalam kehidupan kita.

Di era moden ini, ramai ibu bapa yang mula sedar akan kepentingan pendidikan agama Islam untuk anak-anak mereka. Bukan sahaja untuk menambah ilmu, tetapi juga untuk membentuk peribadi yang baik dan berakhlak mulia. Di sini, kami ingin kongsikan beberapa kaedah yang boleh membantu anda dalam mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam:

Ayah memakai baju oren lembut menunjukkan anak membaca Al-Baqarah penuh bersama pelajar tahfiz sempena pembukaan Taska Kasih Fitri (TKF) Membakut.

𝐁𝐚𝐜𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧

Luangkan masa untuk membaca dan memahami ayat-ayat suci bersama anak-anak. Sebenarnya ini bukan sahaja mendekatkan mereka dengan Al-Quran, tetapi juga memperkukuhkan ikatan kekeluargaan.

𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚

Libatkan anak-anak dalam aktiviti seperti solat berjemaah, berpuasa, dan menghadiri kelas-kelas agama. Ini membantu mereka memahami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.

Memberi contoh aktiviti berasaskan agama seperti memanah dari Kem Cuti Sekolah (K.I.D.S.) dan Murid-murid mengikuti perarakan Maulidurrasul peringkat negeri Sabah.

𝐂𝐨𝐧𝐭𝐨𝐡 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧

Sebagai ibu bapa, tunjukkan contoh teladan yang baik. Anak-anak akan lebih mudah mengikuti dan menghargai ajaran agama jika mereka melihat ibu bapa mereka mengamalkannya dengan ikhlas. Ini apa yang guru saya ajarkan: “Cuba kamu suruh anak solat apa semua dan kamu pula main fon atau buat benda lain dengan harapan anak solat sendiri. bandingkan pula dengan awak seru anak suruh solat. Tapi solat berjemaah bersama anak sampai habis.” Begitu juga kalau mahu suruh bersihkan rumah, belajar, dan yang lain-lain.

Cuba kamu suruh anak solat apa semua dan kamu pula main fon atau buat benda lain dengan harapan anak solat sendiri. Bandingkan pula dengan awak seru anak suruh solat, tapi solat berjemaah bersama anak sampai habis. This is a kind of leadership you know

Datuk Wira Azizan Osman

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐚𝐡𝐟𝐢𝐳

Pertimbangkan untuk menghantar anak-anak ke program tahfiz. Bukan bermaksud mahu anak jadi ustaz ka apa kan, tapi program seperti ini bukan sahaja membantu mereka menghafal Al-Quran, tetapi juga memberi pendedahan kepada ilmu agama yang mendalam.

𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧

Ceritakan kisah-kisah nabi dan tokoh-tokoh Islam yang berakhlak mulia. Kisah-kisah ini boleh menjadi inspirasi dan panduan dalam membentuk peribadi anak-anak. Ini antara yang paling berkesan lagi-lagi kalau ibu ayah buat sebelum tidur. Ala macam yang di wayang-wayang ‘mat saleh‘ tu buat. Orang arab dan orang kita dulu-dulu pun buat. Cuma ibu bapa masa kini mungkin rasa leceh. Kalau dah habis buku sangat boleh baca quran macam di no. 1 tadi.

Ibu Bapa kepada pelajar sekolah SRI Tahfiz Nadi Kingfisher menemankan anak mereka menyertai pertandingan mewarna di luar sekolah. Sumber: Masrin Mohamad

Pendidikan agama bukan sekadar ilmu, tetapi juga adalah asas untuk membentuk manusia yang berakhlak, bertanggungjawab, dan berdaya saing. Sebagai ibu bapa, marilah kita berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita, agar mereka menjadi generasi yang seimbang dari segi akademik dan spiritual.

**Extra tips untuk IBU BAPA, jangan malas dan malu untuk belajar cara untuk mendidik anak-anak. Boleh dapatkan 𝗔𝗛𝗔!! ☝️💡 melalui Bertukar pendapat dengan ibu bapa lain yang anaknya dalam stream yang sama.

Jangan lupa untuk terus mengikuti laman sosial facebook kami untuk perkongsian ilmu dan tips keibubapaan yang lain!

‘𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚, 𝐒𝐚𝐭𝐮 𝐇𝐮𝐟𝐟𝐚𝐳’

Admin 3428
https://www.sritahfiznadi.edu.my

Leave a Reply